Wednesday, April 15, 2009

Sahabat Baru Antara Dua Benua..

Sedar tak sedar dah masuk final year dan dah 3 tahun di UTMKL ni.Alhamdulillah.. segala susah senang, pahit manis tercipta di UTMKL. Ana bersyukur dapat dipertemukan sahabat-sahabat yang ditarbiyyah bersama sepanjang pengajian ini..Akhir-akhir ni ana dan seorang sahabat (kak ummu)dapat kenalan baru dari negara Turkey.. Pada permulaan perkenalan kami bermula dengan bertegur sapa, bertanya nama, asal dari mana? Lama-lama menjadi kenal dan agak rapat dengan dua orang muslimat forener ni..

Nak cerita pada mulanya bagi ana yang tak berapa pandai nak “Speaking” berbanding sahabat ana yang better lagi pada ana, mulanya agak mencabar la jugak nak exsplaint dan berkomunikasi dengan diorang ni sampai rasa nak bawa kamus ja mungkin sebab tak biasa speakong english ni..tapi secara tak langsung boleh jugak improve comunication dan vocabulary ana yang kurang..Dapat berkenalan dengan dua orang muslimat forener ni sedikit sebanyak dapat kenal budaya mereka, dapat tahu serba sikit tentang negara meraka..yang specialnya lagi sebab muslimat forener ni sama-sama muslim dan saudara kita sesama Islam..

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”
Al-Hujurat:10

Sesungguhnya tiada beza diantara mukmin yang beriman kepada Allah walaupun dari segi warna kulitnya, pangkat serta kekayaan semuanya adalah sama disisi Allah s.w.t yang menjadi pengukur ialah nilai ketaqwaan kita pada Allah s.w.t.


Mungkin disini ana boleh ceritakan serba sedikit tentang sahabat baru ni..agak sadis la jugak mendengarkan kisah mereka ni kalau kita lebih menghayati dan mengenali negara Turkey ni sebenarnya, Perdana Menteri di negara mereka ni sebenarnya kurang berfungsi yang lebih berfungsi adalah sistem ketenteraan mereka yang sebenarnya yang lebih berkuasa hasil pendoktrinan semula Kamal Attaturk. Sebenarnya sahabat baru ni datang ke Malaysia berjihad untuk mengekalkan dirinya sebagai seorang muslimah. Katanya sebab datang belajar disini kerana di negara mereka dilarang sama sekali untuk bertudung jika mahu sambung belajar di peringkat universiti. Sekolah biasa yang dibenarkan pakai tudung pun hanya sekolah agama begitulah sebaliknya..

Bila tahu tentang cerita sebenar ana sangat bangga dengan diri Khatice Kubra (disebut sebagai Khadija) dan Ruveeyda yang sanggup mengekalkan imej bertudung semata-mata untuk menyambung pelajaran di UTMkl ni..Bukan senang untuk jalankan syariat Allah s.w.t kalau iman tidak kuat..Bagi student yang ‘freehair’ wajib muhasabah kembali tentang hukum Allah, ada hikmah disebalik syariat itu diturunkan sedangkan muslim lain berjihad untuk mempertahankan kewajipan syariat bertudung ni. Moga Allah memberi hidayah sampai ke pintu hati mereka untuk menjalankan syariat Allah s.w.t..





Tuntutan bertaaruf kenal mengenal.

Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki manusia agar bertaaruf di antara satu sama lain untuk melengkapkan konsep kemasyarakatan dalam bentuk yang lebih berfaedah dan bermakna, iaitu konsep faham memahami, tolong menolong, ziarah menziarahi yang akan membangkitkan suasana harmonis di dalam kelompok masyarakat.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hujurat : 13

Mafhumnya :

“Wahai manusia! Sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu bangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah Maha Megetahui, Mahateliti”

Allah s.w.t telah menjadikan manusia daripada asal yang satu iaitu dari Adam ‘alaihissalam dan Hawa. Taaruf sesama manusia merupakan fitrah kejadian manusia yang berhajatkan kepada persaudaraan iaitu memerlukan orang lain. Taaruf juga merupakan maslahat kita kepada manusia dalam kehidupan masyarakat.

Muslim Harus Mendominasi

Selalu kita melihat bangsa yang mendominasi untuk speaking dalam bahasa Inggeris ialah bangsa Cina tak pun India jarang-jarang sekali untuk dengar bangsa Melayu lebih tepat sekali yang bergelar individu muslim untuk speaking, kalau adapun mungkin dari golongan berada yang sudah terbiasa dengan doktrin dari ibu bapa yang dari kecil dah cakap ‘orang puteh’. Dah jadi macam kebiasaan orang kita malu-malu atau takut untuk speaking ni.

Seharusnya umat Islam ialah umat yang cemerlang yang perlu mendominasi menggunakan bahasa Inggeris ni walaupun tak dinafikan tuntutan mempelajari bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran yang patut kita fahami dan merupakan tuntutan utama tetapi dunia hari ini memerlukan kita untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk berdakwah..

Sebenarnya ana tak la perfect pun ckp bahasa enggeris ni, tapi di sini kita perlu ubah..muslim can do it. Iaitu cuba untuk menjadi muslim yang mendahului bangsa lain.Bak kata pepatah bahasa Inggeris “practice make perfect”. Jadi ana sahut cabaran sahabat-sahabat untuk speaking kali ni..Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment