Wednesday, April 15, 2009

Sahabat Baru Antara Dua Benua..

Sedar tak sedar dah masuk final year dan dah 3 tahun di UTMKL ni.Alhamdulillah.. segala susah senang, pahit manis tercipta di UTMKL. Ana bersyukur dapat dipertemukan sahabat-sahabat yang ditarbiyyah bersama sepanjang pengajian ini..Akhir-akhir ni ana dan seorang sahabat (kak ummu)dapat kenalan baru dari negara Turkey.. Pada permulaan perkenalan kami bermula dengan bertegur sapa, bertanya nama, asal dari mana? Lama-lama menjadi kenal dan agak rapat dengan dua orang muslimat forener ni..

Nak cerita pada mulanya bagi ana yang tak berapa pandai nak “Speaking” berbanding sahabat ana yang better lagi pada ana, mulanya agak mencabar la jugak nak exsplaint dan berkomunikasi dengan diorang ni sampai rasa nak bawa kamus ja mungkin sebab tak biasa speakong english ni..tapi secara tak langsung boleh jugak improve comunication dan vocabulary ana yang kurang..Dapat berkenalan dengan dua orang muslimat forener ni sedikit sebanyak dapat kenal budaya mereka, dapat tahu serba sikit tentang negara meraka..yang specialnya lagi sebab muslimat forener ni sama-sama muslim dan saudara kita sesama Islam..

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”
Al-Hujurat:10

Sesungguhnya tiada beza diantara mukmin yang beriman kepada Allah walaupun dari segi warna kulitnya, pangkat serta kekayaan semuanya adalah sama disisi Allah s.w.t yang menjadi pengukur ialah nilai ketaqwaan kita pada Allah s.w.t.


Mungkin disini ana boleh ceritakan serba sedikit tentang sahabat baru ni..agak sadis la jugak mendengarkan kisah mereka ni kalau kita lebih menghayati dan mengenali negara Turkey ni sebenarnya, Perdana Menteri di negara mereka ni sebenarnya kurang berfungsi yang lebih berfungsi adalah sistem ketenteraan mereka yang sebenarnya yang lebih berkuasa hasil pendoktrinan semula Kamal Attaturk. Sebenarnya sahabat baru ni datang ke Malaysia berjihad untuk mengekalkan dirinya sebagai seorang muslimah. Katanya sebab datang belajar disini kerana di negara mereka dilarang sama sekali untuk bertudung jika mahu sambung belajar di peringkat universiti. Sekolah biasa yang dibenarkan pakai tudung pun hanya sekolah agama begitulah sebaliknya..

Bila tahu tentang cerita sebenar ana sangat bangga dengan diri Khatice Kubra (disebut sebagai Khadija) dan Ruveeyda yang sanggup mengekalkan imej bertudung semata-mata untuk menyambung pelajaran di UTMkl ni..Bukan senang untuk jalankan syariat Allah s.w.t kalau iman tidak kuat..Bagi student yang ‘freehair’ wajib muhasabah kembali tentang hukum Allah, ada hikmah disebalik syariat itu diturunkan sedangkan muslim lain berjihad untuk mempertahankan kewajipan syariat bertudung ni. Moga Allah memberi hidayah sampai ke pintu hati mereka untuk menjalankan syariat Allah s.w.t..





Tuntutan bertaaruf kenal mengenal.

Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki manusia agar bertaaruf di antara satu sama lain untuk melengkapkan konsep kemasyarakatan dalam bentuk yang lebih berfaedah dan bermakna, iaitu konsep faham memahami, tolong menolong, ziarah menziarahi yang akan membangkitkan suasana harmonis di dalam kelompok masyarakat.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hujurat : 13

Mafhumnya :

“Wahai manusia! Sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu bangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah Maha Megetahui, Mahateliti”

Allah s.w.t telah menjadikan manusia daripada asal yang satu iaitu dari Adam ‘alaihissalam dan Hawa. Taaruf sesama manusia merupakan fitrah kejadian manusia yang berhajatkan kepada persaudaraan iaitu memerlukan orang lain. Taaruf juga merupakan maslahat kita kepada manusia dalam kehidupan masyarakat.

Muslim Harus Mendominasi

Selalu kita melihat bangsa yang mendominasi untuk speaking dalam bahasa Inggeris ialah bangsa Cina tak pun India jarang-jarang sekali untuk dengar bangsa Melayu lebih tepat sekali yang bergelar individu muslim untuk speaking, kalau adapun mungkin dari golongan berada yang sudah terbiasa dengan doktrin dari ibu bapa yang dari kecil dah cakap ‘orang puteh’. Dah jadi macam kebiasaan orang kita malu-malu atau takut untuk speaking ni.

Seharusnya umat Islam ialah umat yang cemerlang yang perlu mendominasi menggunakan bahasa Inggeris ni walaupun tak dinafikan tuntutan mempelajari bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran yang patut kita fahami dan merupakan tuntutan utama tetapi dunia hari ini memerlukan kita untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk berdakwah..

Sebenarnya ana tak la perfect pun ckp bahasa enggeris ni, tapi di sini kita perlu ubah..muslim can do it. Iaitu cuba untuk menjadi muslim yang mendahului bangsa lain.Bak kata pepatah bahasa Inggeris “practice make perfect”. Jadi ana sahut cabaran sahabat-sahabat untuk speaking kali ni..Wallahu'alam..

Wednesday, April 8, 2009

Ujian Tarbiyah dari Allah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan nikman iman yang Allah berikan dapat ana coratkan disini kisah hidup yang dirancang oleh Allah..Beberapa hari yang lepas ana dapat tahu dari kakak ana yang sedang menuntut di UIA tentang berita seorang ukhti yang sangat disenangi yang juga menjadi kenalan ukhti ana yang sekarang ini sedang terlantar di hospital di Terangganu dalam keadaan yang pilu sekali. Ana diberitahu ukhti ni mengidap penyakit kulit Stephen Johnsen penyakit satu dalam seribu (x silap ana).Ukhti yang beberapa bulan yang lepas yang ana sama-sama mengikuti satu pengajian kuliah yang dulunya sewaktu ana kenal masih sihat walafiat, seorang yang periang peramah sekarang ni terlantar di hospital..ana terkejut mendengarkan khabar berita ni.. Teringat ana dalam surah Al-Ankabut ayat 1,2 yang bermaksud:

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya menyatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?'

'Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta'


Inilah perancangan dan janji Allah untuk menguji hamba-hambanya yang soleh..
Kadang-kadang kita selalu menyalahkan qada dan qadar Allah s.w.t contohnya 'kalau aku tak buat mesti xjadi mcm ni..mcm ni..' terlalu banyak 'KALAU' dalam kehidupan.Sesungguhnya qada dan qadar Allah adalah tetap untuk Allah uji hambaNya sama ada nikmat kesusahan mahupun nikmat kesenangan hidup.

Mungkin kita rasa terlalu sihat dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan..namun bilamana Allah nk uji tetap sampai masanya dengan apa cara sekalipun..moga masa muda dan masa sihat ini digunakan untuk jalan Allah yang diredhainya dan demi perjuangan Islam.

Monday, April 6, 2009

Khas Untukmu Sahabat Yang Memperjuangkan Islam..

Sahabat..
Mengingatkan kerinduan..
Di lautan memori..
Mengimbau kenangan indah..
Yang menyentuh emosi..
Masih segar di ingatan..
Saat mesra berputik..
Hadirmu bawa sinaran..
Cahaya Inspirasi..
Sahabat..kau sesungguhnya..
Temanku dikala suka dan lara..
Tikaku buntu diselubungi sendu..
kau tiupkan ketabahan..
Untukku ukir senyuman..
Bagaikan embun..
Hilang diterbit fajar..
Kau pergi jauh mengejar cita..
Menggapai Redha yang Esa..
Duhai sahabat dengarkanlah..
Bicara hatiku ini..
Meskipun jarak memisahkan..
Namun tiada noktah kasih..
Biarlah waktu menentukan..
Nilai ukhwah yang terjalin..
Teruskan perjuangan hingga..
Ke titisan darah terakhir..
Dan aku masih dicini..
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku..
Dan aku terus menanti..
Saat yang manis agar berulang kembali..
SAHABAT...

Monday, March 23, 2009

Alhamdulillah..Bersyukur Dengan Nikmat Allah



Alhamdulillah sejarah hari ini 24.03.2009 dapat juga ana menghasilkan satu blog sendiri.Jelous dengan sahabat-sahabat muslimin dan muslimat yang dah ada blog sendiri :)..Dengan nikmat iman, nikmat Islam, nikmat kesihatan,nikmat hidup,nikmat makan, nikmat nyawa yang Allah berikan ini, dan mcm2 nikmat yang tak habis nak tulis kat cini..Subhanallah betapa Allah sayang dan mengasihi hamba-hambaNya..

Alhamdulillah hari ni genap sudah usiaku 21 tahun hidup atas muka bumi ni..Moga dengan pertambahan usia ini akan lebih mematangkan diri ini, lebih bertambah keimanan dan ketaqwaan terhadapMu Ya Allah..

Teringat periswa ketika ummul mukminin Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah dimana beliau selalu melihat Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat solat sehingga bengkak-bengkak kakinya dan seraya bertanya "Ya Rasulullah kenapa engkau masih mengerjakan solat sehingga bengkak-bengkak kaki sedangkan engkau telah dijanjikan SYURGA oleh Allah s.w.t?"
Baginda menjawab adakah aku tidak layak untuk bersyukur kepadaNya..
SUBHANALLAH sedangkan Nabi Muhammad sendiri sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki apatah lagi kita yang belum jamin masuk syurga..peristiwa ini mengingatkan diri ini yang sering lupa dan mengingatkan diri ini untuk sentiasa bermuhasabah..

Moga dihari lahir ini memberi keinsafan dan penghayatan hak kehidupan ini hanya milik Allah s.w.t. Oleh itu, kita patut meletakkan diri sentiasa BERSYUKUR dengan nikmat ALLAH..